Tuesday, April 22, 2008

kita dan Kanser

Malaysia, seperti negara- negara membangun lain, sedang melalui transisi tren penyakit, di mana penyakit- penyakit berjangkit adalah pada am nya di kawal, manakala, penyakit berkaitan gaya hidup, sedang meningkat. Antara perkara-perkara asas yang dipantau dalam pembangunan sebuah negara, adalah tahap kesihatan penduduk.

Penyakit-penyakit seperti HIV/AIDS, Tibi, Penyakit Demam Denggi dan sebagainya seringkali diperkatakan dan diberi perhatian oleh masyarakat. Namun, penyakit-penyakit yang tidak berjangkit seperti kanser, kencing manis dan penyakit darah tinggi/ jantung seolah-olah kurang diambil berat. Perkara ini berlaku kerana penyakit-penyakit ini merupakan penyakit kronik yang, memerlukan rawatan sepanjang hayat dan menunjukkan komplikasi dalam tempoh masa yang panjang.

Kanser merupakan salah satu daripada lima punca utama kematian di Malaysia. Pada tahun 2001, kematian kanser adalah 9% daripada semua kematian yang dinotifikasi. Di anggarkan bahawa kadar insiden kanser di Malaysia adalah 150 / 100, 000 penduduk atau 27,000 kes kanser baru setiap tahun. Daripada jumlah ini, hampir 80 % kes kanser tidak di diagnosa di peringkat awal. Ramai pesakit kanser tidak sedar mengenai tanda / gejala penyakit kanser awal dan di dapati sebahagian besar daripada mereka mendapatkan rawatan tradisi/ herba di peringkat awal penyaki ini.Mengikut laporan registri kanser ini (untuk tahun 2001- 2002), jenis kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita ialah kanser buah dada, kanser rahim dan kanser usus. Kaum lelaki pula menghidap kanser usus , kanser hidung, kanser paru-paru dan kanser prostat. Langkah terbaik dalam program kawalan kanser ialah dengan melaksanakan pemeriksaan kesihatan, saperti “Pap Smear” dan pemeriksaan buah dada, untuk pengesanan awal penyakit ini. Pengesanan dan rawatan awal kanser adalah cara yang efektif sekali untuk meninggikan kejayaan rawatan kanser untuk menyembuhkan pesakit ini.
Strategi-strategi semasa dan untuk masa depan Program Registri Kanser Negeri Selangor, ini untuk menglibatkan Organisasi Bukan Kerajaan(NGO) bersama-sama mempromosikan kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai tanda/ gejala penyakit kanser dan cara pengesanan awal. Antara penyakit yang telah saya sebutkan pada awal tadi adalah penyakit kencing manis atau diabetes. Diabetes merupakan penyakit kronik yang utama sekali di Malaysia. Menurut Kajian Faktor Risiko Kardiovaskular Kebangsan , 8 % daripada golongan dewasa dinegara ini menghidapi penyakit diabetes. Penyakit diabetes yang tidak di kesan dan tidak di rawat di peringkat awal boleh menimbulkan komplikasi saperti kebutaan, sakit buah pinggang, saraf dan penyakit jantung.